Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain

7 Kelebihan Melabur Saham

7 Kelebihan Melabur Saham

Pelaburan di pasaran saham mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Terdapat 7 kelebihan yang dapat dinikmati oleh para individu yang berminat untuk menceburkan diri dalam pelaburan saham ini iaitu

 

1. Mudah Dicairkan

Pelabur saham boleh menjual sebahagian atau kesemua saham mereka pada bila-bila masa.

 

2.Tidak Remeh, Tidak Cerewet. Patuh Syariah & Selamat

Urusniaga jual beli saham adalah mudah kerana boleh dibuat melalui smartphone menggunakan platform yang disediakan oleh Broker. Tidak perlu lagi telefon remisier macam dulu-dulu.

Saham ini haram? Sehingga Jun 2016, terdapat 669 syarikat patuh syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia. Urusniaga jual beli saham juga adalah aktiviti yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia.

 

3. Boleh Dilakukan Secara Part Time

Tidak perlu berhenti kerja. Tidak perlu tengok harga saham setiap hari. Tidak perlu tergesa-gesa membeli saham sesuatu syarikat. Lakukan analisa anda di waktu lapang. Waktu malam atau hujung minggu juga boleh. Setelah yakin dengan saham yang ingin dibeli, urusan pembelian boleh dibuat secara online menggunakan smartphone anda.

 

4. Jumlah Keuntungan Tiada Batasan

Jika melabur dalam unit amanah, keuntungan hanyalah berdasarkan apa yang diumumkan oleh unit amanah tersebut. Namun pelaburan saham di Bursa Malaysia, jika anda mempunyai ILMU yang betul, keuntungan yang diperolehi adalah tiada batasan. Malah untuk meraih keuntungan 100% adalah tidak mustahil. Jika silap beli pula, boleh rugi 100%.

 

5. Bebas Membuat Keputusan Sendiri

Seorang pelabur boleh membuat keputusan sendiri sama bila nak membeli & menjual saham, nak untung cepat atau hanya bercadang meraih dividen. Tiada siapa akan marah anda dan tiada siapa boleh mengarah anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas duit anda. Tetapi jika tiada ilmu, memang susah nak buat keputusan.

 

6. Keuntungan Saham Tidak Dikenakan Cukai (Income Tax)

Keuntungan pelaburan saham adalah dikecualikan cukai kerana ianya adalah keuntungan modal (Capital Gain Tax). Keuntungan modal yang dikenakan cukai di Malaysia adalah yang membabitkan jual beli hartanah.

Jadi, tidak kira berapa banyak sekalipun keuntungan pelaburan anda, ianya bebas cukai!

 

7. Keuntungan Saham Boleh Dizakatkan

Bila saham yang dijual mendapat keuntungan, maka keuntungan ini boleh dizakatkan. Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada 2 kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang dijualbeli untuk tempoh kurang daripada setahun.

 

Contoh saham yang dijual beli kurang setahun

Jumlah keuntungan keseluruhan bagi saham Ahmad adalah RM100,000. Oleh itu, zakat saham Ahmad bagi tahun 2016 adalah, RM100,000 X 2.5 peratus = RM2,250

Maklumat lanjut tentang pengiraan zakat saham di pautan ini

 

Saya Ingin Menjadi Seorang Pelabur Saham, Sila Bantu Saya

WhatsApp WhatsApp Kami