Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain

SAHAM UNTUK SOLUSI SEKTOR AWAM ATAU SWASTA DAN BERSARA AWAL

Saham Untuk Solusi Sektor Awam / Swasta Dan Bersara Awal

Ramai masih belum mengetahui bahawa saham merupakan satu penyelesaian untuk mereka yang bekerja dalam sektor awam atau swasta.  Jom kita saksikan temuramah Tuan Haji Mohd Asri bersama Mohamad Nurhafizul Hosni iaitu merupakan seorang alumni di Asri Ahmad Academy bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara ini.

Berikut adalah antara kupasan saham sebagai solusi untuk penjawat awam dan sebagainya yang telah dibincangkan.

 

Menguruskan Saham Memerlukan Pengurusan Masa Yang Teratur 

 

Biasanya untuk menguruskan saham, anda memerlukan banyak masa. Bagi anda yang menceburi dunia saham, anda perlu bijak dalam menguruskan masa bersama keluarga, aktiviti harian dan juga waktu bekerja. Cara terbaik untuk menguruskan saham untuk mereka yang bekerja adalah melakukannya selepas waktu bekerja.

 

Waktu Terbaik Untuk Menguruskan Saham

 

Waktu minimum untuk menguruskan saham adalah sekitar 2 jam sehari. Jika anda merupakan seorang yang bekerja, anda boleh menguruskan saham tersebut pada waktu malam sebelum tidur. Untuk menjimatkan masa, anda boleh tetapkan masa menguruskan saham secara mingguan.

 

Saham Merupakan Penjana Wang Sampingan

 

Ramai mengatakan bahawa saham mendatangkan kerugian namun sebenarnya jika diuruskan dengan begitu baik, ia dapat mendatangkan banyak wang dan keuntungan kepada anda. 

Bagi lebih memahami mengenai saham, seseorang itu hendaklah menyertai program yang berkaitan dengan saham dan mengikuti kursus saham yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu yang berdaftar dengan kerajaan. Sebagai contoh antara seminar ataupun kursus saham yang terbaik adalah di Asri Ahmad Academy.

 

Jumlah Modal Saham Yang Diperlukan

 

Ramai pelabur baru sering membuat kesilapan dalam pelaburan iaitu mengenai modal pelaburan saham. Sebenarnya untuk pelabur baru, modal yang diperlukan tidaklah banyak. Seelok-eloknya setakat yang ada dan modal tersebut boleh dikembangkan selepas itu.

 

Saham Umpama perniagaan:  Ada Untung Dan Rugi

 

Dalam saham, ada untung dan rugi. Jika mengalami kerugian, ingatlah bahawa anda tidak berterusan mengalami kerugian. Bagi pelabur yang berjaya, kerugian tersebut merupakan proses pembelajaran bagi mengenalpasti kesilapan.

Untuk menjadi pelabur yang berjaya kita memerlukan mentor yang betul. Ilmu juga amat diperlukan untuk berjaya. Dengan ilmu, mentor dan event yang betul, Insyaallah anda akan berjaya.

 

Cara Menceburi Bidang Saham Sekiranya Bekerja Sepenuh Masa

 

Saham sebenarnya tidak memerlukan waktu yang panjang untuk melihatnya. Waktu yang terbaik untuk melihat adalah pada waktu market tutup iaitu pada waktu petang dan malam. Selain itu, waktu tengahari juga boleh kerana waktu tersebut adalah waktu market ‘break’ sekejap. 

Pelabur yang bijak dalam menguruskan saham sebenarnya tidak perlu mencuri waktu bekerja. Kini, sudah terdapat banyak teknologi saham yang disediakan. Antaranya adalah seperti smartphone, laptop dan sebagainya yang boleh anda gunakan untuk lebih mudah dan pantas.

Nak belajar kembangkan duit anda melalui pelaburan saham yang sah & patuh syariah?

Ribuan Telah Hadir Belajar!

90966 +
Peserta telah hadir belajar sejak tahun 2011

Program Eksklusif Yang Diiktiraf Oleh

 

Tawaran pembukaan akaun saham (CDS) secara PERCUMA tajaan bersama RHB Investment Bank. Khas untuk anda yang hadir ke Seminar Labur Saham

WhatsApp WhatsApp Kami