fbpx
Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain

Contoh Saham Patuh Syariah – Revenue Group Bhd

Contoh Saham Patuh Syariah – Revenue Group Bhd

Tak Sampai 6 Bulan, Harga Saham Revenue Group Dah Naik Hampir 130%!

Banyak sebab yang mempengaruhi turun naik harga saham.

Sebagai pelabur saham, kuasa mengawal turun naik harga saham yang anda beli adalah terhad kerana ia juga dipengaruhi oleh beberapa faktor dalaman dan luaran.

Paling simple, semakin ramai pelabur yang membeli saham tersebut maka semakin meningkatlah juga harga saham tersebut dan begitulah sebaliknya.

1. Syarikat Revenue Group baru sahaja disenaraikan di Bursa Malaysia pada 18 Julai 2018, namun harga sahamnya telah naik banyak. Hari pertama disenaraikan pun dah naik 70%

2. Revenue Group menyediakan perkhidmatan penyediaan untuk pembayaran tanpa tunai yang sedang menjadi lifestyle rakyat Malaysia .

3. Antara pelanggan Revenue Group termasuklah Public Bank dan bertindak juga sebagai ‘Acquirer’ bagi pelbagai skim Kad dan pembayaran e-money terkenal seperti:
UnionPay, Diners Club, Alipay, Boost dan lain-lain.

4. Ini bermakna Revenue Group akan dapat komisen bagi setiap transaksi yang dijalankan menggunakan mana-mana cara di atas.

5. Sehari dah berapa juta transaksi agak-agaknya?
Semakin ramai orang menjalankan transaksi tanpa tunai, maka semakin bertambahlah ‘revenue’ syarikat.

6. Tahun ini mereka menawarkan 1 unit waran bagi setiap 2 unit saham yang dipegang

Contoh pengiraan waran:
Waran 1:2 -> satu unit waran untuk 2 unit saham dimiliki
Unit saham dipegang: 100 unit
100/ 2 = 50 unit waran
Jumlah = 100 unit saham & 50 unit waran

Jom tengok kenaikan saham $REVENUE:

18 JUL 2018 – RM0.625
17 OGOS 2018 – RM1.03
18 SEP 2018 – RM1.08
18 OKT 2018 – RM1.13
19 NOV 2018 – RM1.49

Harga saham $Revenue setakat 4 Disember 2018 – RM1.47

Bila beli saham Revenue pada hari ia disenaraikan 18 Julai 2018, agak-agak berapa pulangan anda dapat?

Untung (ROI) = Harga akhir (harga jual) – harga awal (harga beli)

RM1.47 – RM0.625 = RM0.845

Peratus untung = Untung/harga awal x 100
RM0.845/RM0.625 x 100 = 135.2 %

135.2% dalam tempoh tak sampai 6 bulan disenaraikan…Banyak ke banyak?

Alhamdulillah.

Ini baru satu syarikat. Terkini dekat Bursa Malaysia ada sejumlah 689 syarikat patuh Syariah yang kita boleh jual beli saham mereka.

Sebab itu kita kena ada ilmu nak kenal pasti saham mana yang bagus untuk dibeli. Lepas tu, kenal pasti pula bila masa terbaik nak beli dan jual saham tu.

Rebut peluang untuk melabur ke tempat yang HALAL dan SAH. Bukan pergi melebur ke tempat yang ENTAH APA-APA ENTAH.

Sempena tahun baru yang bakal tiba tak lama lagi, carilah peluang baru untuk menambah pendapatan diri sendiri dan keluarga.

Cepat daftar –>

www.asriahmadacademy.com

www.asriahmadacademy.com

www.asriahmadacademy.com

(Disclaimer : Posting ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda)

WhatsApp WhatsApp Kami