Modal Membeli Saham Pertama
Bolehkah saya bermula membeli saham dengan modal di bawah RM1,000?
Jawapan:
Sudah tentu boleh kerana syarat wajib ketika membeli saham sesuatu syarikat, MINIMA yang perlu dibeli hanyalah 1 lot, bersamaan dengan 100 unit.
Sebagai contoh jika harga sesaham tersebut bernilai RM0.80, maka 100 unit bersamaan dengan RM80.
Penting : Walau berapa sedikit atau banyak modal yang anda ada, paling penting modal tersebut adalah modal yang anda sanggup rugi 100%.
1) Jika modal anda di bawah RM1,000 maka anda mampu untuk membeli 1000 unit saham tersebut.
RM0.80 x 1000 unit = RM800
Tetapi, bukankah ada kos-kos lain?
Jawapan : Ya betul, tetapi kos tersebut agak kecil.
Seperti membeli rumah, terdapat beberapa kos lain yang terlibat bagi melengkapkan transaksi pembelian saham.
Kos-kos lain yang terlibat adalah brokerage fee, clearing fees, dan duti setem.
2) Brokerage fee – bayaran kepada broker:
0.42% (Minimum RM12. Contoh 0.42% adalah contoh fee RHB Investment Bank)
RM800 x 0.0042 = RM3.36
…..tetapi RM3.36 tidak melepasi caj minimum RM12, maka fee yang dikenakan adalah RM12 (Min caj bergantung kpd Broker)
Jumlah brokerage fee = RM12.00
3) Clearing fee – bayaran kepada Bursa Malaysia:
0.03% (Maksimum RM200)
RM800 x 0.0003 = RM0.24
Jumlah clearing fee = RM0.24
4) Duti setem:
Caj yang dikenakan oleh Bursa Malaysia untuk setiap transaksi jual beli saham untuk dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Suratcara pindahmilik saham). RM1 akan dikenakan bagi setiap transaksi bernilai RM1,000. (Maksimum RM200)
Bagi contoh ini, caj duti setem yang dikenakan adalah RM1.
5) Jumlah bayaran sebenar yang perlu dibuat:
RM800 + RM12.00 + RM0.24 + RM1 = RM813.24
Mesti ramai di luar sana suka mendapat untung cepat serta besar tetapi tidak sanggup mengeluarkan modal yang besar. Maaf, melabur dalam pelaburan saham perlu realistik. Pulangan dan keuntungan bergantung kepada modal serta tempoh pegangan anda.
Sebab itu, pentingnya melabur sejak dari awal. Carilah ilmu pelaburan terlebih dahulu, agar pelaburan anda tidak menjadi peleburan!
Semoga bermanfaat.