fbpx
Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain

Ambil tahu perbezaan Market Order dan Limit Order dalam pelaburan saham

Ambil tahu perbezaan Market Order dan Limit Order dalam pelaburan saham

Ambil tahu perbezaan Market Order dan Limit Order dalam pelaburan saham

MARKET ORDER VS LIMIT ORDER. TAWAR MENAWAR DALAM JUAL BELI SAHAM

Siapa sini selalu pergi ke pasar dan tawar-menawar harga barang dengan penjual? Biasanya, anda akan buat tawaran hingga dapat harga yang dimahukan.

Paling tidak pun, akan ada satu harga yang dipersetujui di antara anda dan penjual. Betul tak?

Sama juga halnya dalam pasaran saham, ada tawaran dan permintaan harga saham yang berlaku di antara penjual dan pembeli saham.

Ianya juga dikenali sebagai Market Order. Pernah dengar tak?

Sahabat-sahabat yang berminat nak jadi pelabur wajib tahu pasal Market Order ni tau. Anda kena ingat, tak semua harga yang ditawarkan diterima tau. Bergantung juga kepada pasaran dan lot saham yang ada.

Limit Order pula merupakan harga yang ditetapkan oleh pelabur untuk membeli atau menjual sesuatu saham. Harga tersebut boleh jadi lebih tinggi atau lebih rendah daripada harga semasa bergantung kepada pesanan (order) pelabur.

Jika ada permintaan (demand) daripada pelabur lain pada harga yang ditetapkan, maka harga akan matched dan transaksi berjaya.

Jom tengok infografik ringkas yang disediakan ini untuk faham apa itu Market Order dan Limit Order.

* Limit Order ni bukan semua trading platform ada ya

Dah tahu perbezaan di antara Market Order dan Limit Order? Semoga kita belajar sesuatu hari ini.

WhatsApp WhatsApp Kami