Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain

AWAS : Usah Tertipu dengan Pelaburan Haram & Skim Cepat Kaya

AWAS : Usah Tertipu dengan Pelaburan Haram & Skim Cepat Kaya

Bank Negara Malaysia (BNM) sentiasa memberitahu orang ramai mengenai senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM. Mereka akan sentiasa mengemaskini senarai skim-skim pelaburan yang tidak berlesen ini di sini.

Orang ramai juga dinasihati untuk merujuk kepada tindakan penguatkuasaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang boleh didapati di pautan ini.

Selalunya penganjur skim-skim pelaburan yang tidak berlesen ini akan menjanjikan keuntungan tetap secara bulanan, malah ada yang menjanjikan pulangan setiap hari! Menarik bukan? Kebiasannya mereka akan menepati janji tersebut untuk suatu tempoh masa untuk meyakinkan anda membuat pelaburan yang seterusnya. Duit-duit pelabur akan lebur kesemuanya bila (1) penganjur lari, atau (2) diserbu oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Berwaspada dengan 5 tanda ini:

  1. Pulangan tingi dari pelaburan kecil tanpa sebarang risiko

  2. Komisen diberi jika membawa ahli baru

  3. Memerlukan anda membuat bayaran pendahuluan

  4. Syarikat mereka berdaftar tetapi tidak dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)

  5. Menawarkan pulangan lebih tinggi jika tidak membawa pulang produk (biasanya skim yang bertopengkan pelaburan emas)

Anda juga patut lebih berwaspada jika ada rakan-rakan anda membuat posting-posting pujukan sebegini di Facebook:

  • Menayang gambar duit atau penyata bank dengan jumlah yang besar.

  • Bergambar bersama selebriti yang kononnya telah turut serta dalam pelaburan tersebut.

  • Mengaku skim pelaburan tersebut disokong oleh Dato itu, Tan Sri ini.

Jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji manis, sekalipun ia datang dari sahabat atau saudara yang paling rapat dengan dengan kita. Mungkin mereka ikhlas untuk menawarkan kita peluang, namun sebenarnya mungkin mereka sendiri tidak sedar diri mereka sudah tertipu.

Jangan terburu-buru untuk membuat keputusan untuk melabur. Lengkapkan diri dengan ilmu pelaburan yang sebenarnya.

“……ILMU menjaga pemiliknya, sedangkan HARTA dijaga oleh pemiliknya. ILMU kalau diberikan akan bertambah, sedangkan HARTA kalau diberikan akan berkurang. ILMU tidak dapat dicuri, sedangkan HARTA mudah dicuri & mudah lenyap.”

Jadilah pelabur yang bijak!

 

WhatsApp WhatsApp Kami