Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain

Apa itu Saham?

Apa itu Saham?

Apa Itu Saham?

Saham bukan skim cepat kaya
Saham bukan MLM
Saham bukan judi
Saham adalah pegangan hak milik sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti.

Ini bermaksud, apabila anda membeli saham sesuatu syarikat, anda secara langsung telah menjadi salah seorang pemilik syarikat tersebut. Kita boleh membeli sejumlah kecil atau sejumlah besar saham bergantung kepada wang yang kita miliki.

01.
Anda rasa di mana agak-agak Kumpulan Wang Simpanan Wang Pekerja (KWSP) melaburkan sebahagian daripada duit simpanan anda?
Ya, jawapannya adalah keuntungan daripada pelaburan saham di BURSA MALAYSIA. Anda boleh lihat di mana KWSP melabur & berapa pegangan saham mereka di laman web KWSP.
02.
Contoh Saham
Setiap bulan kita kena bayar bil letrik dekat Tenaga Nasional Berhad. Kalau yang ada UNIFI pula kena bayar bil dekat Telekom Malaysia. Jika cerita bab kereta pula, ramai yang pakai kereta buatan PROTON (milik DRB -HICOM Berhad). Hakikatnya setiap hari kita menggunakan perkhidmatan dari syarikat-syarikat ini. Tahukah anda yang kita boleh jual beli saham syarikat-syarikat ini sebab ianya didagangkan di Bursa Malaysia?
03.
Pelaburan Saham
Pelaburan saham pula merujuk kepada pembelian saham syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

WhatsApp WhatsApp Kami