Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain

Blog

Fahami Apa Itu Dividen Dalam Pelaburan Saham

Fahami Apa Itu Dividen Dalam Pelaburan Saham

Fahami Apa Itu Dividen Dalam Pelaburan Saham

Bagi pelabur tegar ASB, AHB, ASD dan yang seangkatan dengannya, biasa kita dengar dividen diberi kepada pelabur setahun sekali je kan?

Tapi dividen daripada syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, ada yang diberi sehingga 4 kali setahun. Berdasarkan laporan suku tahun (Quarter Report) syarikat, jika ada duit lebih dan ingin berkongsi dengan para pelabur, syarikat boleh isytihar dividen kepada pemegang saham mereka.

Ini bermakna, kalau prestasi syarikat adalah positif, mereka boleh beri dividen setiap 3 bulan sekali.
Tapi ada juga dividen khas iaitu dividen yang diberi secara tiba-tiba.

Sudah tentu sebuah syarikat yang baik dan yang memperolehi keuntungan memberangsangkan, ingin berkongsi kegembiraan mereka dengan para pelabur. Ada duit lebih, ada rezeki lebih; kita kongsi bersama-sama.

Salah satu strategi yang bijak untuk pelaburan jangka masa panjang, adalah dengan mencari syarikat-syarikat yang kerap beri dividen. Lagi kerap beri dividen, lagi tinggi nilai dividen, lagi bagus untuk pelabur.

WhatsApp WhatsApp Kami