Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain

Contoh Saham Patuh Syariah – Ajinomoto Malaysia Bhd

Contoh Saham Patuh Syariah – Ajinomoto Malaysia Bhd

Seperti yang tersiar di Facebook page Mohd Asri:

“ SEDAPNYA ” … puji si suami sambil menambah nasi goreng buat kali kedua.

Tersenyum si isteri melihat si suami makan dengan penuh selera.
Mak kata nak ‘ikat’ suami kena ‘ikat’ perutnya ……

 

“Ada AJINOMOTO, yang tak pandai masak pun boleh jadi chef “

Opsss.

Teruskan membaca posting ini jika nak tahu kaitan AJINOMOTO dengan saham.

AJI-NO-MOTO® tu nama jenama.
Bahan penambah perasa AJI-NO-MOTO® tu namanya MSG.
Ajinomoto Malaysia Berhad pula adalah syarikat pengeluar bagi jenama AJI-NO-MOTO®

Pasti ramai kenal dengan jenama yang berasal dari Jepun ini.

Berdekad lamanya orang duk kata bahawa MSG berbahaya dan beri banyak kesan sampingan kepada badan seperti mengakibatkan keguguran rambut, sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kanser.

Ada pula yang kata semua ini hanya mitos kerana tiada bukti saintifik yang menyokong.

Mana satu yang betul ni?

Tempoh hari siap boleh viral AJI-NO-MOTO® boleh dibuat baja tanaman!

 

Pelik juga, jika betul AJI-NO-MOTO® ini berbahaya bagaimana jumlah jualan Ajinomoto Malaysia Bhd boleh meningkat setiap tahun? :

2012 – RM 324,652 juta
2013 – RM 332,908 juta
2014 – RM 345,351 juta
2015 – RM 340,376 juta
2016 – RM 400,201 juta

 

Sebenarnya tak pelik sangat sebab AJI-NO-MOTO® sudah menjadi bahan wajib hampir setiap rumah atau restoran di Malaysia.

Ini termasuklah digunakan dalam ribuan produk (processed food).

Jadi, bahaya atau tidak MSG ni? Tepuk dada tanya selera.
Paling penting jangan diambil secara berlebihan.

Kalau nak tahu selain AJI-NO-MOTO®…., AJI-SHIO®, SERI-AJI® & TUMIX® juga adalah produk keluaran Ajinomoto Malaysia Bhd.

 

Eh, jangan salah faham, posting ini bukannya nak promosikan AJI-NO-MOTO® tetapi nak memberi contoh bahawa ini adalah antara saham syarikat patuh syariah yang mencatat keuntungan TINGGI bagi tempoh 2014 – 2015.

Diam tak diam, Ajinomoto Malaysia Bhd telah tersenarai di pasaran saham Bursa Malaysia sejak 1987 !

 

PERGERAKAN HARGA SAHAM AJINOMOTO®

Disember 2014 – RM 5.50
Disember 2015 – RM 9.00

Kenaikan –> RM 3.50

Contoh:

1) 31 Disember 2014 : Anda mengambil keputusan MEMBELI saham Ajinomoto Malaysia Bhd sebanyak 1,000 unit

Maka modal yang perlu dikeluarkan adalah:
RM 5.50 x 100 unit x 10 = RM 5,550

2) 31 Disember 2015 : Anda mengambil keputusan MENJUAL kesemua 1,000 unit saham Ajinomoto Malaysia Bhd

Maka keuntungan yang diperolehi adalah:

RM 9.00 x 100 unit x 10 = RM 9,000
RM 9,000 – RM 5,500 = RM 3,500 +/- (UNTUNG)

 

Pulangan lebih kurang 64% …. Cukup tak? Atau masih selesa dengan pulangan 7-8% setahun?

Itu jika kita beli 1,000 unit saham sahaja.

Jika mampu beli 10,000 unit saham Ajinomoto tetap dapat pulangan 64% tetapi untung RM 35,000 la jadinya ( __Fuh!!__ )

 

Oh ya, harga saham Ajinomoto sekarang (Oktober 2016) sudah menjadi RM13.70 (Disember 2016) sudah menjadi RM14


“WOW, BESTNYA. MACAM MANA HARGA SAHAM TU BOLEH MEROKET?“

Pelaburan saham = perniagaan.

Logik mudah, katakan tiba-tiba Ajinomoto Malaysia Bhd asyik rugi setiap tahun dan berura-ura nak tutup operasi mereka di Malaysia, rasa-rasa harga saham tadi akan meroket juga atau merudum jatuh?

Sebab itu kita perlu tahu apa yang kita buat.
Sebelum membeli saham sesuatu syarikat, wajib kaji segenap aspek perniagaan tersebut.

“OH MACAM TU RUPANYA….TAPI MACAM MAHAL JE HARGA SAHAM AJINOMOTO?“

Mahal ke?
Hmmm… Masa harga murah dulu pun kita tak beli jugak!

 

Isunya bukan modal, tetapi bila anda nak libatkan diri untuk mula melabur? Ini hanya sekadar contoh, ada lebih 600 syarikat patuh syariah lain yang tersenarai di Bursa Malaysia yang boleh tuan puan pilih.

Saham-saham patuh syariah yang harga di bawah RM 1 juga banyak.

“ BOLEH KE ORANG BIASA MACAM KITA NI BELI SAHAM AJINOMOTO ? “

Sudah tentu boleh!

 

Saya Ingin Menjadi Seorang Pelabur Saham, Sila Bantu Saya

 

(Disclaimer : Posting ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham atau sekuriti mana patut dibeli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda)

WhatsApp WhatsApp Kami