Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain

Contoh Saham Patuh Syariah – Padini Holdings Bhd

Contoh Saham Patuh Syariah – Padini Holdings Bhd

Seperti yang tersiar di Facebook page Mohd Asri:

 

Biasa lihat butik-butik PADINI?
Biasa window shopping di kedai kasut Vincci?

(Ingatkah anda tempoh hari viral berita orang sanggup panjat pagar semasa jualan gudang Vincci!!!)

Tetapi pernahkah anda terfikir untuk memiliki saham syarikat PADINI?

Orang biasa macam kita ni boleh ke?

Sudah tentu boleh!

PADINI HOLDINGS menjual kedua-dua barangan untuk wanita dan lelaki seperti kasut dan aksesori, pakaian, pakaian kanak-kanak dan aksesori melalui pelbagai anak syarikat.

Syarikat ini memasarkan 34 jenama yang memang kita biasa lihat (P&Co, Padini, Padini Authentics, PDI, Seed, Vincci, Brands Outlet) dan sehingga 30 Jun 2015 mereka mempunyai 253 outlet seluruh negara!

Berbanggalah kerana PADINI telah membawa buatan Malaysia ke luar negara seperti di Bahrain, Brunei, Kemboja, Mesir, Indonesia, Kuwait, Maghribi, Myanmar, Oman, Pakistan, Filipina, Qatar, Arab Saudi, Syria, Thailand dan Emeriah Arab Bersatu.

 

KEMASKINI :
Harga sesaham PADINI HOLDINGS mencipta ‘rekod baru’ hari ini. Bahasa bakunya “new high” – RM 2.83 sesaham (memecah rekod pada 15/7/2016 – RM 2.59)

 

Sorotan harga saham PADINI HOLDINGS untuk 2016….

15/11 – RM 2.82
15/10 – RM 2.89
15/9 – RM 2.94
15/8 – RM 2.86
15/7 – RM 2.59
15/6 – RM 2.28
15/5 – RM 2.24
15/4 – RM 1.98
15/3 – RM 1.95
15/2 – RM 2.05
15/1 – RM 2.00

 

Katakanlah anda mengambil keputusan membeli saham PADINI pada awal tahun 2016 dan SIMPAN.

Ingat, minima kena beli 100 unit sahaja. Ya, betul. 100 unit sahaja.

RM2.00 x 100 unit = RM200

“Errrr…sikitnya. Takkan simpanan anda ada RM200 sahaja?”

Katakanlah anda ada lebihan simpanan.
Katakanlah anda membeli 10,000 unit.

RM2.00 x 10,000 unit = RM20,000

Dan hari ini harganya RM2.83 sesaham
Maka anda mengambil keputusan untuk menjual saham tersebut.

RM2.83 x 10,000 unit = RM28,300

Berapa keuntungan yang diperolehi?
RM28,300 – RM20,000 = RM8,300

Pulangan (ROI) = RM8,300 / RM20,000 = 41.5% !!!

Tak teringin dapat pulangan lebih 6-7% setahun melalui pelaburan saham yg SAH, betul betul betul & PATUH SYARIAH di Bursa Malaysia?

 

“Alamak, sempat lagi ke nak beli saham PADINI ni?”

Nanti…..Sabar!

 

Tidak perlu terkejar-kejar sebab:

  • Terdapat 672 syarikat patuh shariah lain yang sedia menanti anda.

  • Ramai pelabur RUGI akibat membuat keputusan yang dipengaruhi oleh rakan-rakan sekeliling.

  • Belajar dulu sebelum membuat sebarang pelaburan kerana duit anda hanya akan melebur jika melabur tanpa ILMU.

  • Duit anda adalah tanggungjawab anda.

  • Ingat, memang boleh membuat keuntungan dengan melabur dalam pasaran saham dan dalam masa yang sama anda juga boleh rugi. Ianya ibarat anda terlibat dalam perniagaan.

Saya Ingin Menjadi Seorang Pelabur Saham, Sila Bantu Saya

 

(Disclaimer : Posting ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda)

WhatsApp WhatsApp Kami