Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain

Contoh Saham Patuh Syariah – F&N (Fraser Neave Holdings Bhd)

Contoh Saham Patuh Syariah – F&N (Fraser Neave Holdings Bhd)

Seperti yang tersiar di Facebook page Mohd Asri:

Biasanya orang suka makan lemang cicah rendang.
Saya pula suka makan lemang cicah susu pekat.

Tak percaya?
Cuba tanya mak saya.

Dulu masa kecil saya ingat lagi yang mak suka beli susu Cap Junjung. Susu sejat favourite beliau pula Susu Carnation.
Tapi sekarang macam susu pekat F&N je yang banyak dalam peti ais tu.

Agak-agak berapa juta rakyat Malaysia yang gunakan susu pekat dekat rumah setiap hari? 1 juta..? 2 juta…? atau berjuta-juta?

Anda selalu beli jenama yang mana?

Pernah dengarkan jenama F&N?
Tipulah kalau cakap tak pernah.
Jenama ini lebih popular dengan segmen minuman berkarbonat mereka (soft drinks).
Musim nak raya ni memang ramai pakat shoping air soft drinks, buat hidang untuk tetamu nanti. Senang, tak perlu bancuh air 🙂

Ramai tak tahu jenama F&N ni sebenarnya nama penuh mereka adalah Fraser Neave Holdings Bhd, jenama yang telah bertapak di Malaysia sejak 132 tahun yang lalu. Mereka juga adalah antara syarikat tertua di Malaysia yang tersenarai dalam Bursa Malaysia.

__________________________
*Antara produk di bawah jenama ini adalah F&N Fun Flavours (F&N Sarsi…F&N Ice Cream Soda etc), F&N Cordials, F&N Seasons Malaysia,100PLUS Malaysia, Fruit Tree, F&N susu pekat manis dan macam-macam lagi. Teh hijau OISHI yang selalu muncul di kaca TV 2-3 bulan yang lepas juga adalah di bawah F&N.
__________________________

Tahukah anda bulan lepas (16 Mei 2016) harga sesaham mereka hanyalah RM23.40 dan pada pagi ini sahaja nilai sesaham mereka sudah melonjak sehingga RM25.48?

Setahun yang lepas = RM18.26
Sebulan yang lepas = RM23.40
Hari ini = RM25.48

Jika anda membeli saham F&N setahun yang lepas. Sekadar contoh, katakanlah anda ada simpanan lebihan dan mampu beli 1,000 unit.
——————————————
Nota:
Harga seunit saham = RM18.26
*Minimum perlu beli hanya 100 unit sahaja.
Betul, dengan RM1,826.00 anda dah boleh jadi pemegang saham F&N!

tetapi katakan 1,000 unit:
RM18.26 x 100 unit x 10 = RM18,260
——————————————

SETAHUN kemudian…..

1,000 unit x RM25.48 = RM25,480
PULANGAN = RM25,480 – RM18,260 = RM7,220
Cara kira PULANGAN (ROI): RM7,220/RM18,260*100 = 39%

Alhamdulillah dapat PULANGAN lebih 7% atau 8% iaitu 39%.

Inilah dikatakan sambil minum air F&N sambil cetak duit.

Jika anda mengambil keputusan melabur dalam saham syarikat F&N setahun yang lepas, duit yang dikeluarkan untuk membeli produk mereka ibarat melayang semula ke poket anda.

Minat ke nak melabur dalam saham syarikat macam F&N?

Jangan risau, banyak lagi saham syarikat lain.

Lebih tepat lagi anda boleh melabur dalam 669 syarikat patuh syariah di Bursa Malaysia.

Tak tahu nak mula macam mana?

Belajar dulu sebelum membuat sebarang pelaburan kerana wang anda hanya akan melebur jika melabur tanpa ilmu.

(Disclaimer : Posting ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda)

WhatsApp WhatsApp Kami