Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain

Contoh Saham Patuh Syariah – Dufu Technology Corp Berhad

Contoh Saham Patuh Syariah – Dufu Technology Corp Berhad

Dufu Technology - Bila Syarikat Untung, Pelabur Pun Untung

Bila sebut Penang, mesti ingat pasal makan je kan? Nasi kandar lah, rojak lah, pasembor lah, char kuey teow lah.

Pernah dengar tak nama syarikat dekat Bayan Lepas Penang, nama dia Dufu Technology Corp Berhad?

1. Syarikat ni tersenarai di Bursa Malaysia. Dulu-dulu harga saham Dufu 2 kupang je.

2. Tahun ni harga saham dia meletup-letup. Semua gara-gara syarikat ni berjaya memperolehi keuntungan luar biasa., ramai minat nak miliki saham mereka

3. Dufu merupakan syarikat IT yang terlibat dalam pembangunan dan pembuatan komponen barangan komputer, elektronik, telekomunikasi dan pengguna.

4. Dan lagi bestnya, mereka ingin berkongsi keuntungan bersama-sama dengan para pelabur. Siap bagi bonus 1:2 lagi tahun ni.

Contoh pengiraan Bonus Issue:

Bonus Issue: 1:2 —> satu unit saham ekstra untuk 2 unit saham dimiliki

Katakan unit saham yang dipegang: 100 unit

Jumlah saham selepas Bonus Issue:

100/ 2 = 50 unit
Jumlah = 150 unit

Syarikat macam ini lah yang kita nak cari di Bursa Malaysia.

Syarikat yang untung, bagi bonus kepada pemegang saham, serta berdaya saing walaupun katanya ekonomi tak berapa nak kukuh, Ringgit Malaysia tak berapa nak kuat.

Tengok saja kenaikan saham yang meningkat saban tahun.

22 NOV 2013 – RM0.20
21 NOV 2014 – RM0.27
20 NOV 2015 – RM0.38
22 NOV 2016 – RM0.68
22 NOV 2017 – RM1.36

Harga saham $Dufu setakat 22 November 2018 – RM3.89

Bila beli saham Dufu Technology pada 22 Nov 2013. Agak-agak berapa pulangan anda dapat?

Untung (ROI) = Harga akhir (harga jual) – harga awal (harga beli)

RM3.89 – RM0.20 = RM3.69

Peratus untung = Untung/harga awal x 100
RM3.69/RM0.20 x 100 = 1,845 %

1,845% dalam lima tahun…Banyak ke banyak?

Alhamdulillah.

Pergerakan Harga Saham

Prestasi Jualan Syarikat

Ini baru satu contoh. Dekat Bursa Malaysia buat masa ini ada 694 syarikat patuh Syariah yang kita boleh jual beli atau peram.

Sebab itu kita kena ada ilmu nak kenal pasti saham mana yang bagus untuk dibeli. Lepas tu, kenal pasti pula bila masa terbaik nak beli saham tersebut.

Rebut peluang untuk melabur ke tempat yang HALAL dan SAH. Bukan pergi melebur ke tempat yang ENTAH APA-APA ENTAH.

Sempena tahun baru yang bakal tiba tak lama lagi, carilah peluang baru untuk menambah pendapatan diri sendiri dan keluarga.

(Disclaimer : Posting ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda)

WhatsApp WhatsApp Kami