Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain

HAPUSKAN STIGMA SAHAM ITU HARAM



 

Hapuskan Stigma Saham Itu Haram

Kenyataan saham itu haram membuatkan ramai pelabur keliru dan was-was untuk melabur. Jom kita saksikan temuramah Tuan Haji Mohd Asri bersama dengan Sahibus Samahah Datuk Dr. Hj. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan) bagi mengupas kekeliruan ini. 

Berikut adalah antara kupasan stigma saham itu haram yang telah dibincangkan.

Hukum Pelaburan Saham 

 

Terdapat 2 kategori hukum pelaburan saham iaitu saham yang menepati syariah iaitu halal dan saham yang haram atau bertentangan dengan Islam. Bagaimana ingin membezakan kategori kedua-duanya berdasarkan pelaburan saham yang kita lakukan?

Saham Pelaburan Halal

Saham pelaburan halal adalah situasi apa sahaja urusan yang berkaitan saham seperti jual beli saham yang dilakukan secara teliti, pasti, tidak ada was-was, tidak ada riba dan syubhah serta ciri-ciri yang jatuh haram.

Saham Pelaburan Haram

Saham Pelaburan Haram adalah urusan saham yang tidak tepati syariah, penuh dengan konsep syubhah, gharar, riba dan tidak diketahui ramai puncanya. Sekiranya puncanya berdasarkan sumber yang halal, tetapi tetap mempunyai ciri yang membolehkan jatuh haram, maka ia adalah haram.

Namun begitu, terdapat banyak jenis pelaburan saham yang halal boleh anda pilih dan ceburi.

Kepentingan Menceburi Pelaburan Saham Bagi Orang Muslim

 

Apakah penting bagi seseorang muslim menceburi pelaburan saham? Ya, kepentingan saham patuh syariah bagi muslim untuk mencari keredhaan Allah SWT, mendapatkan ilmu bermanfaat, rezeki yang baik serta memudahkan amalan diterima. Antara rezeki yang baik adalah seperti pelaburan patuh syariah dan juga perniagaan.

Dengan menceburi bidang saham juga, masyarakat dapat membantu dari segi mengeluarkan zakat, memberi infaq, bersedekah dan kebajikan lain-lain lagi.

Datuk Dr. Hj. Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga berkongsi satu hadis nabi yang menyebut, “Allah akan bantu hambaNya tatkala hambaNya membantu saudaranya yang lain”.

 

Nak belajar kembangkan duit anda melalui pelaburan saham yang sah & patuh syariah?

Ribuan Telah Hadir Belajar!

90966 +
Peserta telah hadir belajar sejak tahun 2011

Program Eksklusif Yang Diiktiraf Oleh

 

Tawaran pembukaan akaun saham (CDS) secara PERCUMA tajaan bersama RHB Investment Bank. Khas untuk anda yang hadir ke Seminar Labur Saham



WhatsApp WhatsApp Kami