Sebaik Baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Bagi Orang Lain

Contoh Saham Patuh Syariah – MyEG Services Bhd

Contoh Saham Patuh Syariah – MyEG Services Bhd

Seperti yang tersiar di Facebook page Mohd Asri:

Siapa yang tak kenal MyE.G Services Berhad.
Cara senang untuk renew roadtax, insurans kereta, permit pekerja asing, saman JPJ, saman PDRM secara online.

Terkini bayaran zakat juga boleh dibuat secara online menggunakan MyEG.

Memang memudahkan urusan.

Makin ramai guna makin untung MyEG.
Makin untung MyEG makin naiklah sahamnya.

 

Tahukah anda orang biasa macam kita boleh miliki saham MyEG???
Mari saya berkongsi sedikit tentang saham MyEG.
SAHAM MyE.G Services Berhad

+ 2011 – Harga sesaham MyEG RM0.75
+ 2014 – Harga sesaham MyEG RM2.95
+ 2016 – Harga sesaham MyEG RM2.19

*Sepatutnya harga sesaham sudah RM5 lebih. Pada 8/1/2015 MyEG memberikan bonus dalam bentuk unit saham di mana harga sebelumnya adalah RM4.70 dan kesannya; harga saham mereka dibuka rendah (adjustment akibat pemberian saham PERCUMA) keesokannya pada harga RM2.50

 

Jom sama-sama renung kembali.
Kalau tahun 2011 dulu kita beli saham MyEG

Katalah beli 10,000 unit
10,000 x RM0.75 = RM7,500

Kalau jual saham MyEG hari ini

10,000 unit x RM2.19 = RM21,900

RM21,900 – RM7,500 = (cuba kira)
Banyakna beza!

Ops….banyaknya kita untung.
TAPI SAYANG… kita tak beli kan….hmmmm
Kalau tahu mesti dah lama beli saham MyEG kan?

“Alamak….ruginya rasa…dah terlambat ke nak beli saham MyEG? “
“Aiseh….Dah terlambat ke nak belajar cara jual beli saham? “

Sebenarnya tidak ada istilah terlambat untuk terlibat dalam pelaburan saham. Juga tidak ada istilah terlambat untuk belajar.

Pasaran saham di Bursa Malaysia tak lari mana. Ia sudah wujud sebelum MERDEKA lagi tetapi orang kita tetap pilih untuk ‘melabur’ dalam skim cepat kaya.

MyEG umumkan mereka bercadang memberi BONUS kepada setiap pemegang unit saham mereka sebagai tanda penghargaan.

1 unit saham bonus akan diberi PERCUMA untuk 2 unit saham yang dimiliki. Maknanya kalau dah ada 10,000 unit saham, anda akan dapat bonus 5,000 unit saham.

Apabila bonus diberi dalam bentuk unit saham, harga seunit akan menurun. Ini memberi peluang kepada kita untuk memiliki saham mereka pada harga yang rendah.

“Saya nak beli saham MyEG! “

Sabar. Jangan terburu-buru.

1) Tahukah anda terdapat 669 syarikat patuh syariah lain yang tersenarai di Bursa Malaysia?

2) Jika anda selalu tertanya-tanya tentang saham, apa kata anda cuba cari ILMU tentang pelaburan saham. Mana tahu, ianya mungkin jadi pintu rezeki untuk anda. Hanya dengan ILMU kita akan tahu realiti untung rugi dunia pelaburan saham.

3) Belajar cara yang betul menjana pendapatan tambahan menerusi pelaburan saham.

4) Belajar bagaimana mudahnya urusniaga saham di jalankan.

5) Belajar formula bagaimana mula melabur dengan modal yang rendah & minima.

6) Masa terbaik menanam pokok durian adalah 20 tahun lalu dan juga hari ini. Masa terbaik mencari ILMU juga adalah 20 tahun lalu dan juga hari ini.

(Disclaimer : Posting ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda)

WhatsApp WhatsApp Kami