Contoh Saham Patuh Syariah – Ajinomoto Malaysia Bhd
Seperti yang tersiar di Facebook page Mohd Asri: “ SEDAPNYA ” … puji si suami sambil menambah nasi goreng buat kali kedua. Tersenyum si isteri melihat si suami makan dengan penuh selera. Mak kata nak ‘ikat’ suami kena ‘ikat’ perutnya …… “Ada AJINOMOTO, yang tak pandai masak pun boleh jadi chef “ Opsss. Teruskan membaca posting ini jika nak tahu kaitan AJINOMOTO dengan saham. AJI-NO-MOTO® tu nama jenama. Bahan penambah perasa AJI-NO-MOTO® tu namanya MSG. Ajinomoto Malaysia Berhad pula adalah syarikat pengeluar bagi jenama AJI-NO-MOTO® Pasti ramai kenal dengan jenama yang berasal dari Jepun ini. Berdekad lamanya orang duk …
Contoh Saham Patuh Syariah – MyEG Services Bhd
Seperti yang tersiar di Facebook page Mohd Asri: Siapa yang tak kenal MyE.G Services Berhad. Cara senang untuk renew roadtax, insurans kereta, permit pekerja asing, saman JPJ, saman PDRM secara online. Terkini bayaran zakat juga boleh dibuat secara online menggunakan MyEG. Memang memudahkan urusan. Makin ramai guna makin untung MyEG. Makin untung MyEG makin naiklah sahamnya. Tahukah anda orang biasa macam kita boleh miliki saham MyEG??? Mari saya berkongsi sedikit tentang saham MyEG. SAHAM MyE.G Services Berhad + 2011 – Harga sesaham MyEG RM0.75 + 2014 – Harga sesaham MyEG RM2.95 + 2016 – Harga sesaham MyEG RM2.19 *Sepatutnya …
Contoh Saham Patuh Syariah – F&N (Fraser Neave Holdings Bhd)
Seperti yang tersiar di Facebook page Mohd Asri: Biasanya orang suka makan lemang cicah rendang. Saya pula suka makan lemang cicah susu pekat. Tak percaya? Cuba tanya mak saya. Dulu masa kecil saya ingat lagi yang mak suka beli susu Cap Junjung. Susu sejat favourite beliau pula Susu Carnation. Tapi sekarang macam susu pekat F&N je yang banyak dalam peti ais tu. Agak-agak berapa juta rakyat Malaysia yang gunakan susu pekat dekat rumah setiap hari? 1 juta..? 2 juta…? atau berjuta-juta? Anda selalu beli jenama yang mana? Pernah dengarkan jenama F&N? Tipulah kalau cakap tak pernah. Jenama ini lebih popular …
Contoh Saham Patuh Syariah – Padini Holdings Bhd
Seperti yang tersiar di Facebook page Mohd Asri: Biasa lihat butik-butik PADINI? Biasa window shopping di kedai kasut Vincci? (Ingatkah anda tempoh hari viral berita orang sanggup panjat pagar semasa jualan gudang Vincci!!!) Tetapi pernahkah anda terfikir untuk memiliki saham syarikat PADINI? Orang biasa macam kita ni boleh ke? Sudah tentu boleh! PADINI HOLDINGS menjual kedua-dua barangan untuk wanita dan lelaki seperti kasut dan aksesori, pakaian, pakaian kanak-kanak dan aksesori melalui pelbagai anak syarikat. Syarikat ini memasarkan 34 jenama yang memang kita biasa lihat (P&Co, Padini, Padini Authentics, PDI, Seed, Vincci, Brands Outlet) dan sehingga 30 Jun 2015 mereka …
7 Kelebihan Melabur Saham
Pelaburan di pasaran saham mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Terdapat 7 kelebihan yang dapat dinikmati oleh para individu yang berminat untuk menceburkan diri dalam pelaburan saham ini iaitu 1. Mudah Dicairkan Pelabur saham boleh menjual sebahagian atau kesemua saham mereka pada bila-bila masa. 2.Tidak Remeh, Tidak Cerewet. Patuh Syariah & Selamat Urusniaga jual beli saham adalah mudah kerana boleh dibuat melalui smartphone menggunakan platform yang disediakan oleh Broker. Tidak perlu lagi telefon remisier macam dulu-dulu. Saham ini haram? Sehingga Jun 2016, terdapat 669 syarikat patuh syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia. Urusniaga jual beli saham juga adalah aktiviti yang dikawal selia oleh Suruhanjaya …
Modal Membeli Saham Pertama
Bolehkah saya bermula membeli saham dengan modal di bawah RM1,000? Jawapan: Sudah tentu boleh kerana syarat wajib ketika membeli saham sesuatu syarikat, MINIMA yang perlu dibeli hanyalah 1 lot, bersamaan dengan 100 unit. Sebagai contoh jika harga sesaham tersebut bernilai RM0.80, maka 100 unit bersamaan dengan RM80. Penting : Walau berapa sedikit atau banyak modal yang anda ada, paling penting modal tersebut adalah modal yang anda sanggup rugi 100%. 1) Jika modal anda di bawah RM1,000 maka anda mampu untuk membeli 1000 unit saham tersebut. RM0.80 x 1000 unit = RM800 Tetapi, bukankah ada kos-kos lain? Jawapan : Ya betul, …
AWAS : Usah Tertipu dengan Pelaburan Haram & Skim Cepat Kaya
Bank Negara Malaysia (BNM) sentiasa memberitahu orang ramai mengenai senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM. Mereka akan sentiasa mengemaskini senarai skim-skim pelaburan yang tidak berlesen ini di sini. Orang ramai juga dinasihati untuk merujuk kepada tindakan penguatkuasaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang boleh didapati di pautan ini. Selalunya penganjur skim-skim pelaburan yang tidak berlesen ini akan menjanjikan keuntungan tetap secara bulanan, malah ada yang menjanjikan pulangan setiap hari! Menarik bukan? Kebiasannya mereka akan menepati janji tersebut untuk suatu tempoh masa untuk meyakinkan anda membuat pelaburan yang …


WhatsApp Kami