Cara Baca Portfolio Saham

Cara Baca Portfolio Saham
MODAL KITA TAK SAMA,
DAPAT BERAPA PULANGAN LEBIH UTAMA
Poket kita tak sama.
Ada yang mula melabur dengan modal berpuluh ribu, ada yang ribu-ribu, ada juga yang tak sampai seribu.
Apa yang penting, itu duit lebihan kita, bukan duit pinjam kawan-kawan.
Bila dah beli saham tu, kenalah tahu cara nak tengok berapa pulangan dah dapat. Boleh tengok dekat smartphone.
Benda ni ada cerita dekat bahagian portfolio korang.
Ambil tahu dulu perkara berikut:
Qty On Hand – bilangan unit saham yang kita miliki
Avg Price – purata harga belian
Last price – harga semasa saham
Cost – modal beli saham
Market – harga semasa pegangan saham
Kita ambil contoh saham X berikut:
Untung = Harga jual – Harga beli
RM 17,500 – RM 14,000 = RM 3,500
ROI = Untung / harga beli x 100
RM 3,500/RM 14,000 x 100 = 25%
Yang 25% tersebut adalah Unrealized Profit. Tahu kan kos-kos yang terlibat dalam jual beli saham? Kita ada brokerage fee, SST, clearing fee dan duti setem.
Dah tolak keempat-empat kos ni, barulah dikira Realized Profit. (read:) Untung bersih.
Alah sikit je pun, kata tadi dah untung 25%. Maka lepas tolak 4 kos tadi, untung bersih sekarang dah jadi 24.33%.
(Disclaimer : Posting ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda)
Nak belajar kembangkan duit anda melalui pelaburan saham yang sah & patuh syariah?
Ribuan Telah Hadir Belajar!
Peserta telah hadir belajar sejak tahun 2011
Program Eksklusif Yang Diiktiraf Oleh
